Thursday, 26 January 2017

Ganjaran Allah Yang Tak Ternilai.

Assalamualaikum!

Happy weekend!
Hujung hujung minggu ni moh kita lupakan segala persengkataan dan jom berzikir.


Menurut HR Bukhari dan Muslim. Fadhilat amalan zikir ni, 
Sesiapa yang membacanya 100 kali dalam sehari nescaya dia akan mendapat ganjaran seperti memerdekakan 10 orang hamba sahaya, dan dituliskan ganjaran untuknya 100 kebaikan 
dan dihapuskan daripadanya 100 dosa, dan dia akan terhindar 
daripada gangguan syaitan pada hari tersebut. 
Dan tidak seorang pun yang mendapat ganjaran yang lebih baik 
daripada yang dia  dapati kecuali jika orang tersebut membacanya
dalam bilangan yang lebih banyak daripadanya.

Haa ternganga kan dapat banyak ganjaran tak di sangka sangka dengan berzikir je.
Gunakan 5-10min per day after solat or masa lapang je untuk berzikir.
Kita ingat kat Allah, Allah pun ingat dekat kita.

So untuk zikir ni, boleh baca 100 kali pada waktu pagi sahaja or 100 kali sahaja pada waktu petang.
Atau lagi baik korang boleh baca 100 kali waktu pagi dan 100 kali waktu petang. 200 in total sehari.

Baca banyak ganjaran pun banyak. deal?

Banyak kan fadhilat nya. Sumber ni dari buku kat bawah ni


Buku ni ada orang bagi. Bagus sangat. Setiap wirid yang disertakan termasuk dengan fadhilat daripada hadis-hadis. 

InsyaAllah dengan amalan amalan zikir dapat dekatkan diri kita kepada Allah SWT=)

Aku pun tengah berusaha ke arah lebih baik.
Nak kurangkan bercakap perkara yang sia sia =)

Kata nak dapat cinta Allah kan ?
Jom berusaha!

K wassalam =)